Thursday, August 14, 2008

Pembelajaran Berdasarkan Permasalahan



Tajuk Kajian
Pembelajaran Berdasarkan Permasalahan dalam Bilik Darjah Bahasa Melayu

Nama Para Penyelidik
Cikgu Faridah Bte Abdul Hamid
Cikgu Nurain Bte Md Salleh
Cikgu Durrah Bte Ahmad

Nama Sekolah
Sekolah Rendah Cedar
15, Cedar Avenue
Singapura 379700

Catatan Pra Kajian
Sudah menjadi kebiasaan murid-murid untuk mengharapkan jawapan daripada guru-guru.
Jawapan-jawapan yang sering diberikan oleh murid-murid kebanyakannya memaparkan pemikiran mereka secara dasarnya sahaja.

Keperihatinan Yang Dikaji
Murid-murid jarang didedahkan kepada penggunaan penyusunan grafik.
Mengasah daya kreativiti mereka dan berfikir secara kritis.

Objektif Kajian Tindakan
Menanamkan pemikiran yang kreatif dan kritikal di kalangan murid-murid.
Menyediakan pengalaman dan senario yang autentik untuk murid-murid.
Pendedahan kepada teknik pembelajaran secara kooperatif dalam suasana kumpulan pelbagai umur


Kumpulan Sasaran
Pelajar-pelajar darjah 4 dan 5


Tindakan yang dirancang
Mengenal pasti teknik pengajaran yang ingin dikaji.
Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-murid.
Mengumpulkan profil murid berdasarkan Kecerdasan Pelbagai mereka.
Tinjauan dan penglibatan murid-murid dalam menentukan topik yang ingin mereka bincangkan. (Autentik)
Mengalami sendiri pembelajaran berdasarkan permasalahan

Muhasabah diri

Jadual Pelaksanaan
Ogos 2007 Keseluruhan proses mengambil agak-agak 4 bulan.

Kos Kajian
Tiada, kecuali kerjasama daripada guru-guru BM yang lain, sokongan daripada pihak atasan (dari segi peruntukan masa, logistik dll) dan membuat rakaman.

Dapatan Kajian
Pengajaran Kajian 1
Murid-murid tidak memberikan jawapan-jawapan yang bermutu.
Suasana perbincangan terlalu kecoh dan tidak terurus.
Murid-murid tidak dapat mencerakinkan maklumat untuk melengkapkan penyusunan grafik.


Pengajaran Kajian 2
Murid-murid dapat meluahkan pendapat mereka secara kritikal apabila guru bertindak secara aktif di setiap langkah.
Suasana perbincangan lebih fokus apabila setiap ahli kumpulan diberi tugas yang tertentu.

Murid-murid mampu mencerakinkan maklumat untuk melengkapkan penyusunan grafik.